SAFRON

Zafron/Safron (Klik di sini untuk detail)

Zafron/Safron (Klik di sini untuk detail)

          Berat: 0.5 gm            ...

Harga: RM25.00

 

SIRAP SAFRON/ZAFRON

SZFR934  700 ml RM55.00

 

SAFRON MEMPUNYAI BEBERAPA NAMA PANGGILAN. ANTARANYAN IALAH:-

ZAFRON/ZAFFRAN/ZA'FARAN/ZA'AFARON/SAFFRON/KUM KUMA/KUM KUM/KOMA KOMA

NAMA YANG PALING LAZIM DIPANGGIL IALAH SAFRON

Khasiat utama Safron ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.

Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan:- 

'Barangsiapa yang memakan Safron dan dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"       

 

SAFRON atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.
 
Stigma bunga Safron ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain. Kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin.
 
Safron adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.
Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya.


KHASIAT SAFRON
(Berdasarkan kitab-kifrtab perubatan Islam & maklumat internet)

" Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
" Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
" Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
" Sawan (Epilepsi), sukar tidur malam (insomnia)
" Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
" Bengkak hati atau hipatitis A dan B
" Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
" Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
" Menambahkan tenaga zahir dan batin
" Masalah mati pucuk, sembelit
" Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
" Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
" Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
" Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
" Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
" Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
" Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah

 

Safron merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Safron sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Maksudnya:

 

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Safron tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

 

 

 

KEISTIMEWAAN ZAFRON

 

SAFRON (ada yang memanggil dengan nama Zafron/Zafran/Za'afaran) adalah salah satu bahan rempah yang termahal didunia. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan.
 

 

SAFRON banyak digunakan sebagai bahan perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi bermutu tinggi (Flavoured Tobacco), untuk industri pemakanan, pewarna dan lain-lain kegunaannya.

 

https://khasiatzafaran.blogspot.com/2007/06/khasiat-zafaran.html

https://www.madusawda.com/khasiat-zafaran

Carian Web

Hubungi Kami

ALHADRIE TRADING (PG0289433P) No. 6 Kompleks MBPP Lebuh Pantai, 10300, Pulau Pinang Aliza: 012411512/Abd Hamid: 0107951959

PERBEZAAN ANTARA ZAFRON/SAFRON DENGAN ZA’FARAN

 

Pergertian Za'afaran
Terlalu ramai orang keliru tentang Za'afaran, termasuk juga di kalangan pengeluar ubatan. Ramai yang menyangka bahawa Za'afaran itu adalah sofron atau safran atau zafran.

Za'afaran adalah mineral atau galian, manakala safron atau safran atau zafran adalah sejenis bunga yang diambil stigmanya yang digunakan di dalam masakan.

Di dalam bahasa arab bunga safron atau zafran ini dipanggil 'kum-kuma', safron di dalam bahasa sepanyol dan zafran di dalam bahasa farsi.

Za'afaran seperti yang tercatat di dalam buku-buku perubatan Islam, adalah sejenis garam semulajadi yang terjadi di dalam takungan glacier (ais) yang hanya terdapat di pergunungan tinggi. Di dalam bahasa apa jua garam ini disebut Za'afaran. Selain itu ia juga dikenali dengan garam tawar.

Rujukan utama yang kita ambil pakai tentang perubatan menggunakan Za'afaran ini adalah berdasarkan beberapa riwayat hadith. Di dalam satu riwayat Rasulullah saw ada menyebut yang bermaksud "Jika kamu menjumpai garam tawar, maka itu adalah penawar."

Terdapat juga satu riwayat dari Ummu Salamah yang bermaksud: 'Rasulullah memerintahkan kami para wanita muslimat supaya meminum Za’faran dan melumurkan pada badan ketika datang haid, nifas atau penyakit.'

Ibnu Sina juga pernah berkata yang bermaksud: 'Sesiapa yang mengamalkan minuman Za’afaran, mereka tidak akan terkena penyakit angin ahmar ( stroke ).'

Diberitakan juga bahawa Saidina Ali k.w. pernah berkata yang bermaksud: 'Lazimlah dengan minuman Za’afaran kerana ia mencegah penyakit.'

Di dalam catatan-catatan perubatan Islam dan juga riwayat-riwayat al-Hadith, semuanya menyebut Za'afaran (garam tawar).
Tiada riwayat yang meyebut 'kom-koma'