Mengapa Manusia Sakit?

Selamat Datang ke Al-Hadrie, ruangan perubatan alternatif melalui pemakanan sihat. Konsep kesihatan ialah penjagaan lebih baik dari merawat. Oleh itu jagalah kesihatan anda sebelum terlambat (sihat sebelum sakit). Ingatlah "Jika kita sakit, keluarga terdekat kita akan turut susah. Ibu bapa kita, isteri, suami, dan anak-anak kita akan menderita bersama-sama kita. Jika kita sihat semua akan berbahagia. Jika boleh kita tidak mahu susahkan sesiapa"

Kita sakit kerana beberapa sebab.
Antaranya:-

  1. Dehidrasi (Kekurangan air dalam sistem tubuh badan) tanpa disedari
  2. Peningkatan sel lemah dan sel mati disebabkan oleh "Free Radical" 
  3. Lemah sistem imun (Sistem Pertahanan Badan)
  4. Tabiat pemakanan yang tidak sihat
  5. Pencemaran alam sekitar (Sumber air, pencemaran udara, asap kenderaan, asap kilang dan asap dari pembakaran terbuka)

 

Allah telah mencipta bumi ini untuk manusia hidup sihat dengan alam sekeliling.  Makanan yang disediakan untuk manusia berupa haiwan dan tumbuhan seperti daun, buah, batang, kulit kayu, akar dan seluruh bahagian pokok ada khasiatnya.

Kita akan dapat maklumat tentang berbagai petua untuk menyembuh pelbagai penyakit.  Memang tidak dinafikan semua makanan dari tumbuhan ada khasiat yang tersendiri, terpulang kepada kita untuk memilih dan mengamalkan yang sebaiknya.

Pengetahuan dan petua perubatan ada yang diterima secara turun temurun dan selebihnya melalui kajian saintifik.  Malangnya Ilmu turun temurun kebiasaannya tidak ditulis dengan baik dan kebanyakanya telah hilang dari pengetahuan kita.  Manakala kajian sains moden juga terhad, walau bagaimanapun kita tetap berusaha mencari penawar dari tumbuhan-tumbuhan, dan ini adalah lebih baik daripada dadah perubatan moden yang tidak menyembuh, tetapi hanya suppress gejala penyakit , dan selepas itu pula akan memberi kesan sampingan kerana hampir keseluruhan dadah adalah dari bahan kimia yang tidak sebati dengan keperluan tubuh manusia.
 

Makanan

90% dari penyakit adalah berpunca dari makanan dan tabiat pemakanan yang tidak sihat.
Pemakanan yang sihat memberi kita kesihatan, manakala makanan kurang sihat akan menyebabkan berbagai penyakit.
 
Pemakanan Sihat:
Makanan daripada alam semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan, ikan dan binatang ternakan yang yang makan dari tumbuhan semula jadi di persekitaran mereka.

Pemakanan tidak Sihat:
Makanan yang telah diproses seperti beras, gula putih, makanan GMO, makanan ringan, dan "fast-food". Karbohidrat yang banyak boleh menyebabkan bermacam penyakit seperti obesiti, sakit jantung, dan kanser. Sayuran dan buah-buahan mengandungi banyak bahan antioksidan, anti-viral, dan anti-bakteria serta berupaya bertindak sebagai penawar berbagai penyakit.


Kita juga tahu bahawa makanan terproses tidak ada zat makanan tetapi enak dimakan, gula yang banyak juga akan mengakibatkan berbagai penyakit, elok dielakkan. Air telah terbukti mempunyai sifat menyembuh apabila ia bersifat heksagon dan bertenaga. 

 

Dr Nasly

Menulis......

"Kita sihat dengan makanan alami yang tidak tercemar dari racun serangga, baja kimia dan GMO. Makanan organik atau alami dikurniakan oleh Allah untuk kita hidup sihat. Ubat dadah tidak menyihatkan kita. Kimia dari ubat dadah memberi lebih mudarat dari manfaat. Saya akan terus mencari dan berkongsi penawar penyakit dari sumber alam".

Dipetik dari: http://www.blogger.com/profile/09993637183498077754

 

Apakah GMO?

 

  • MAKANAN GMO (Genetic Micro Organism) ialah makanan yang telah melalui proses pengubahsuaian terhadap sifat genetik mikro-organisma, tumbuhan, atau haiwan dengan memasukkan gen yang telah diubahsuai atau gen daripada jenis atau spesis yang lain.
  • Organisma yang diubahsuai genetik ini mungkin terdiri daripada mikro-organisma yang telah dicipta untuk digunakan sebagai bio-racun makhluk perosak atau biji benih yang diubah secara genetik bagi menghasilkan tanaman-tanaman yang kebal penyakit dan membesar dengan baik. 

                                    KEBAIKAN.

  • Teknologi ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh petani dan kekurangan makanan di sesetengah negara miskin.
  • Teknologi ini juga dapat meningkatkan pendapatan petani ke tahap yang maksimum dan meningkatkan pengeluaran tani di ladang.
  • Dapat membaiki kualiti tanaman dan dapat mengelakkan daripada serangan penyakit yang serius.
  • kos tanaman yang lebih murah.
  • Kesannya: masalah seperti kebuluran dapat diatasi dan harga makanan lebih murah.

                                    KEBURUKAN

  • Walaupun teknologi ini mampu mengatasi masalah kekurangan makanan, namun ia tidak diterima sepenuhnya di seluruh dunia dan mendapat tentangan banyak pihak terutamanya pejuang keselamatan makanan.
  • Hasil daripada beberapa kajian yang dilakukan juga mendapati makanan ubahsuai genetik ini boleh mengakibatkan beberapa kesan terutamanya dari segi jangka masa panjang pada sesiapa yang memakannya termasuk haiwan dam manusia.
  • GMO boleh berpindah dari satu organisma ke organisma yang lain.

                                    KESAN

  • Genetik yang baru ini mungkin mempunyai kesan yang tidak disengajakan menyebabkan tumbuhan yang selama ini disangka tidak memberi kesan kepada manusia menjadi tumbuhan beracun yang memberi kesan tanpa dijangka.
  • Kerajaan Malaysia menghalang produk pertanian GMO dari memasuki negara, ini untuk memastikan rakyat Malaysia mendapat produk pertanian tanpa was-was di pasaran.

 

                                CONTOH MAKANAN GMO.

  • Tomato dengan jangka hayat segar lebih lama.
  • Padi golden rice dengan kandungan vitamin yang lebih tinggi.
  • Jagung yang rasa lebih manis.
  • Kacang soya.
  • Kentang.
  • Tebu.
  • Sayur-sayuran seperti sawi.

 

Label: MAKANAN GMO.

Sumber: http://infoagro-iqbal.blogspot.com/2008/08/makanan-gmo.html

Carian Web

Hubungi Kami

ALHADRIE TRADING (PG0289433P) No. 6 Kompleks MBPP Lebuh Pantai, 10300, Pulau Pinang Abd Hamid Mohd Yaman 0107951959

Cara Makan Sunnah Nabi SAW  Dari Perspektif Sains

(Sumber: http://islamkebenaran.blogspot.com/2012/01/cara-makan-sunnah-nabi-saw-dari-segi.html)

Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa "Perut adalah punca penyakit". Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui.

 

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

 

1. Jangan Makan/Minum

Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah

Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad

 

2. Cara Makan

  • Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.
  • Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.
  • Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)
  • Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.
  • Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.
  • Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.
  • Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.
  • Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan kesan negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.

 

3. Cara Minum

  • Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.
  • Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.
  • Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.

 

3. Amalan Sunnah Lain

  • Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.
  • Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".
  • Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.

 

Wallahu'alam...