BUAH DELIMA (AL-RUMAN)

Pati Delima (340ml)

Pati Delima (340ml)

KHASIAT JUS DELIMA (POMEGRANATE) Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai...

Harga: RM18.00

Cuka Delima (500ml)

Cuka Delima (500ml)

ANTARA KHASIAT CUKA DELIMA    Ekstrak delima boleh menghalang dan...

Harga: RM25.00

Kapsul Biji Delima (760gm - 60 kapsul)

Kapsul Biji Delima (760gm - 60 kapsul)

Majalah Time edisi Desember 2003 pun pernah mengupas habis khasiat biji delima. Dalam 100 gm biji...

Harga: RM65.00

 

JUS DELIMA PAKET (Minuman Berkhasiat)

 

DIIMPORT DARI IRAN

RM3.00 PER PACKET (280 gm)

KHASIAT JUS DELIMA (POMEGRANATE)

Buah delima atau nama saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.

Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenis penawar kerana kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah.Khasiat perubatan delima sudah dijumpai sejak 8000 tahun lalu oleh masyarakat Parsi Purba (Iran).

 

 Jus Delima mempunyai banyak khasiat. Antaranya ialah:-

 

·         Melancarkan dan menstabilkanperedaran/perjalanan darah

·         Mengembalikan fungsi jantung dan hati kepada tahap normal   

·         Membersihkan hati dan urethra

·         Memperkuatkan sistem penghadaman

·         Membuang lemak-lemak berlebihan

·         Meningkatkan tenaga

·         Mencegah ‘morning sickness’

·         Membantu menyesuaikan hormon ketika haid

·         Mencantikkan dan mencerahkan kulit

·         Membantu menyembuhkan penyakit diabetes

·         Boleh meghilangkan kahak

·         Mencegah ketidaksuburan/kemandulan dan meningkatkan kekuatan tenaga batin

        ·         Mencegah Alzheimer dan nyanyuk di kalangan orang tua 

KEHEBATAN BUAH DELIMA 

Delima digelar 'superfruit' mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.

 

Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk. 

 

Kajian keatas tikus makmal menunjukan delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat. 

 

Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA. 

 

Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik. 

 

Delima boleh menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus. Fakta ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular. 

 

Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tkus kawalan. 

 

Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.

Pengambilan delima oleh ibu mengandung boleh melindungi otak neonate daripada rosak selepas tercedera.

 

Di dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68]. Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?

 

Jika ditinjau, delima yang berasal dari negara Iran dikenali sebagai Pinica granatum dalam istilah botani juga didapati di India, Afghanistan dan Syria. Pada zaman Nabi Musa as lagi, buah delima yang bermutu sudah ditanam di Palestin dan Lebanon. Buah delima menjadi simbol kesuburan bagi perkahwinan masyarakat di Timur Tengah. Manakala dalam agama Kristian, buah delima menjadi simbol kebangkitan semula dan kehidupan yang kekal serta dalam agama Buddha, buah delima dikatakan buah yang berkat selain daripada buah limau dan pic. Di China pula, buah delima menjadi satu simbol kesuburan, rezeki yang melimpah ruah, keturunan yang ramai dan masa depan yang diberkati. Namun, dalam Islam, buah delima merupakan salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang dikurniakan Allah sebagai rezeki yang boleh dinikmati oleh umat manusia yang menunjukkan tanda- tanda kekuasaanNya sebagaimana yang termaktub dalam firmanNya di dalam surah al An'am ayat 99 dan ayat 141.

 

Al Ghazali mengajak manusia agar merenung tentang penciptaan buah delima sebagai tanda kehebatan Allah di mana ia terbentuk seperti kantung- kantung kecil yang segar, dengan bahagian bawahnya besar dan bahagian atasnya tipisyang kelihatan seperti bukit.Kemasan yang tersusun rapi biji buah tersebut seakan disusun oleh manusia serta dibalut dengan kulit yang tipis seperti tenunan halus dan akhirnya ia dibalut dengan kulit yang tebal mengelilingi buah delima tersebut. Hikmah penciptaan buah delima dengan percaturan yang sebegitu rupa mempunyai nilai kehebatan tersendiri. Seandainya ia tidak dilapisi dengan lapisan yang halus itu, sudah tentu sari makanan tidak dapat sampai kepada biji buah delima tersebut. Dengan mendapat sari makanan itulah, buah delima mempunyai rasa manis tetapi akarnya sendiri mempunyai rasa yang amat pahit. Lapisan yang membahagi ruang biji buah delima berfungsi untuk memelihara buahnya dan seluruh biji buah tersebut dilitupi dengan kulit yang keras tetapi rasanya agak pahit adalah untuk menjaganya bebas daripada segala hama. Sorotan tentang kejadian ini menunjukkan kepada kita betapa setiap kejadian yang Allah ciptakan mempunyai keistimewaan tersendiri.

 

Dari sudut pemakanan, buah delima amat kaya dengan sodium dan mengandungi unsur- unsur nutrien seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Manakala zat protein dan lemak hanyalah sedikit sahaja terkandung di dalamnya. Oleh sebab ia mempunyai nilai pemakanan yang baik, buah delima juga disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah- buahan.

 

Ternyata buah delima mempunyai banyak manfaat untuk manusia sama ada sebagai buah- buahan mahupun dijadikan sebagai ubat penawar. Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru keranaia akan melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabii Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut. Oleh sebab itu buah delima tidak disarankan kepada mereka yang menghidap demam. Ia juga bertindak sebagai penawar yang baik untuk cirit birit, anemia, tekanan darah tinggi dan atritis. Di samping itu, buah delima dapat menguatkan jantung dan membantu dalam fungsi saraf dan otot. Oleh kerana itulah, ia mampu menghilangkan rasa keletihan. Di dalam perubatan homeopati pula, buah delima disarankan untuk mengubat cirit birit, sakit telinga dan kurang lawas penghadaman.

 

Tidak dapat dinafikan bahawa terdapat bukti yang menyatakan bahagian pokok delima banyak kegunaan dan faedahnya. Dan ini telah diakui dalam perubatan melayu seperti ramuan jamu daripada pokok delima sebagai ubat cacing. Ramuan ini sebenarnya sudah lama diamalkan oleh masyarakat tradisional melayu. Cuma yang mungkin, ilmu perubatan Melayu tradisional ini tidak terus diamalkan dan tidak langsung sampai kepada generasi baru sekarang dan ia seolah- olah dibiarkan begitu sahaja. Bahagian kulit buah delima pula mengandungi sejenis alkaloid yang boleh mengawal beberapa cenis cacing seperti cacing pita yang mendiami perut manusia. Rasanya yang pahit tidak sesuai untuk dimakan tidak seperti bijinya yang manis, tetapi manfaat daripada rasa pahit tersebut ialah dapat menghapuskan cacing pita dalam perut manusia. Kulitnya yang tebal pula bertanggungjawab melindungi buah delima supaya dapat disimpan dengan mutu yang baik. Jika diselusuri faedah dan kepentingan kulit serta batang buah delima, ia dapat digunakan untuk melembut dan menguningkan kulit lembu dan kambing dalam industri barangan kulit di Morocco dan Syria. Ini kerana kulitnya mengandungi punicotannic acid yang agak tinggi iaitu sebanyak 22%. Manakala bunga buah delima pula mempunyai nilai yang amat tinggi dalam tujuan perubatan kerana ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.

 

Justeru, kemanfaatan buah delima tidak dapat disangkal lagi kerana ia bukanlah hanya sekadar sebiji buah yang mengandungi banyak khasiat untuk dimakan tetapi keseluruhan penciptaan pokok buah delima memberi manfaat kepada umat manusia. Sekaligus ia menggambarkan kepada kita, betapa hebatnya kuasa Allah. Renungkanlah dan perhatikanlah, bagaimana dahan tempat buah delima tergantung yang diciptakanNya dengan rapi dan kuat serta tidak gugur buahnya sebelum sampai waktunya. Ini menunjukkan betapa setiap kejadian yang Allah cipta mempunyai rahsia dan keistimewaan tersendiri agar manusia mendapat manfaat dan menilai kurniaan tersebut.

Carian Web

Hubungi Kami

ALHADRIE TRADING (PG0289433P) No. 6 Kompleks MBPP Lebuh Pantai, 10300, Pulau Pinang Aliza: 012411512/Abd Hamid: 0107951959

LAGI KHASIAT MINYAK BIJI DELIMA

 40ml  RM50.00 

PATI MINYAK BIJI DELIMA SHAFFA HOME DARI TURKEY

    Minyak biji delima merupakan minyak kecantikan selain minyak kelapa dara, minyak zaitun, minyak biji anggur dan minyak avocado

    Minyak Biji Delima kini mendapat sambutan yang luar biasa. Harga sebotol Minyak Biji Delima Shiffa ialah RM50 (SM),  RM55 (SS)

 

    Minyak biji delima ini dihasilkan secara cold-pressed dari biji delima yang penuh khasiat dan kaya anti-oksida. Ia memiliki semua khasiat seperti yang terkandung dalam jus, pati dan cuka tetapi nilainya lebih padat, di mana hanya tujuh titik minyak ini sudah menyamai khasiat satu sudu kecil pati delima.

1.       Mengandungi asid punika (sejenis anti-oksida yang jarang ditemui pada buah-buahan lain) dan asid ellagik yang tinggi, berserta dengan ciri-ciri esrtogenik semulajadi, ia dapat menyegarkan kulit yang kusam, menggalakkan penghasilan sel-sel baru dan menghilangkan kedutan halus pada kulit

2.       Menyubur dan meningkatkan keanjalan serta memperbaiki struktur kulit. Ia merangsang keratinocyte proliferation untuk menguatkan lapisan kulit, mengatasi masalah kekeringan kulit dan merawat kesan sunburned

3.       Bersifat anti-mikrobial dan anti-inflamatori, Minyak Biji Delima digunakan untuk merawat masalah kulit seperti ekzema, kulit kering bersisik, kesan matahari dan psoriasis

4.       Merupakan minyak yang bertekstrur ringan, mudah meresap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak dan berkilau pada permukaan kulit. Maka, ianya sesuai untuk penjagaan semua jenis kulit termasuk kulit berjerawat dan sensitif

5.       Memberi kesan seri pada kulit, merapatkan pori-pori, menyegarkan kulit, memperbaiki tahap keanjalan kulit, melambatkan proses kedutan dan mengimbangi kadar PH kulit (asid-alkali)

6.       Memulih kesan luka, calar, sunburned dan memudarkan parut lama dan baru (termasuk parut demam campak dan luka jahitan) serta menghilangkan kesan regangan (sewaktu hamil atau selepas program menurunkan berat badan) - sapu dan urut pada bahagian berkenaan

7.       Gunakannya setiap hari untuk mendapatkan tona kulit yang cerah dan sekata. Ia juga boleh manghalus, melicin dan melembutkan kulit

8.   Minyak biji delima digunakan untuk mengatasi masalah jeragat yang serious. Disarankan menggunakan Minyak Biji Delima dua kali sehari selama tiga bulan berterusan untuk melihat hasil yang memuaskan

 

1.   Titiskan 3-5 titik Minyak Biji Delima ke tapak tangan, kemudian guna jari manis dan oleskan ke seluruh wajah seperti anda memakai krim pelembap. Tunggu hingga ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit sebelum menggunakan sebarang krim pelembap atau krim anti-penuaan lain

 

2.   Anda boleh titiskan beberapa titik ke dalam krim pelembap kegemaran anda untuk menambah keberkesanan fungsi krim tersebut. Ambil dulu krim pelembap, calitkan atas tapak tangan, kemudian titiskan, ratakan dan oleskan pada wajah seperti biasa

"Dan Dialah yang menurunkan hujan. Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma) dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan" AL-ANAAM:99

 

Buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Antara keunggulannya ialah susunan dalamannya. Apabila kulit berkilat buah ini dikupas, akan kelihatan kantung-kantung kecil berjus segar, manis masam rasanya. Kebanyakan budaya, delima melambangkan kesuburan dan panjang usia. Orang Cina misalnya menyajikannya sewaktu upacara perkahwinan karena ia dianggap lambang kesuburan, kemakmuran dan keturunan besar. Dalam zaman Nabi Musa as, delima sudah ditanam di Palestin, Syria dan Lebanon. Rimmon, kota silam yang dikatakan bandar Hebron kini, terkenal karena pengeluaran delima atau rumman, sempena namanya.

Nama perkebunan delima ialah Punica granatum diambil dari perkataan Perancis yang bermakna epal yang berbiji. Delima dipercayai berasal dari Iran, kawasan banjaran Himalaya dan utara India. Ia berkembang sebagai bahan masakan dan ditanam di pesisir Mediterranean, disesuaikan dengan kawasan suhu dingin dan panas. Delima tumbuh seperti pokok semak atau pokok biasa setinggi 3-6 meter, atau ada kalanya 9 meter. Biasanya daunnya luruh tetapi beberapa kawasan pula, pokoknya malar segar.
Buahnya mula berkurangan selepas usia 15 tahun. Namun delima sejenis pokok tahan lama sehingga 200 tahun. Bunganya berwarna keunguan, putih atau campuran dwiwarna. Ia digunakan sebagai celupan warna merah yang sudah digunakan berabad-abad di Asia Tengah. Daunnya berkilat dan kuat berbentuk perisai. Warna dan bunganya yang bagus terakam dalam maksud firman Allah swt. Keunggulan delima ialah susunan buahnya yang diperkukuh oleh tapal kulit yang memelihara mutu buah sehingga enam bulan. Delima boleh berbuah antara setahun dan tiga tahun selepas ditanam. Pasaran Timur Jauh adalah destinasi utama dagangan delima. Khasiatnya tinggi kaya dengan zat sodium, riboflavin, thiamine, niacin, vitamin C, kalsium dan forsforus. Ia juga sejenia penawar karena kandungan antioksidan yang tinggi bagi penyakit jantung, cepat tua dan barah. Biji delima yang kering digunakan untuk masakan asli India Utara. Bijinya adalah gantian kismis bagi bahan membuat kek.
Dalam perubatan Yunani dan homeopati, delima dapat mengubati cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi dan kurang lawas penghadaman, membuang lemak dan juga mengeluarkan toksin dari badan. Pati Buah Delima kini boleh didapati dalam pelbagai produk seperti jus dan kapsul. Produk Herba berasaskan Delima dalam bentuk kapsul yang pertama dan terhangat di pasaran Malaysia sekarang ini ialah Kapsul pati Delima. 

 

 

 

Buah delima berasal dari negeri Parsi Purba (Iran sekarang). Khasiat perubatan sudah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba