Zafron/Safron (Klik di sini untuk detail)

Zafron/Safron (Klik di sini untuk detail)

No. Produk: ZFR910
Harga Tidak Termasuk Cukai: RM25.00
Harga Termasuk Cukai: RM25.00

          Berat: 0.5 gm

 

                                Stigma bunga Safron                                Bunga Safron

                                                           

Khasiat utama Safron (Zafron) ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.

Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan:- 

'Barangsiapa yang memakan zafron dan dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"       

 

Safron atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.


Stigma bunga Safron ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain. Kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin.


Zafron adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri.
Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya.


KHASIAT SAFRON
(Berdasarkan kitab-kitab perubatan Islam & maklumat internet)

" Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil
" Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
" Sakit kepala atau migrane dan asma" Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
" Sawan (Epilepsi), sukar tidur malam (insomnia)
" Demam. Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
" Bengkak hati atau hipatitis A dan B
" Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
" Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
" Menambahkan tenaga zahir dan batin
" Masalah mati pucuk, sembelit
" Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
" Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
" Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
" Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
" Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
" Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
" Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah

 

Safron merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai " King Of Spices ". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Safron sangat baik untuk kecerdasan minda. Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (k.w) menyatakan:
Maksudnya:

 

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Zafron tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

 

 
KEISTIMEWAAN ZAFRON

 

ZAFRON adalah salah satu bahan rempah yang termahal didunia. Ia digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di Timur Tengah seperti India yang menggunakannya sebagai bahan asli untuk melazatkan masakan atau sebagai pewarna dan dianggap bahan terbaik untuk kesihatan.

ZAFRON banyak digunakan sebagai bahan perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi bermutu tinggi (Flavoured Tobacco), untuk industri pemakanan, pewarna dan lain-lain kegunaannya.
 
 

https://khasiatzafaran.blogspot.com/2007/06/khasiat-zafaran.html

Carian Web

Hubungi Kami

ALHADRIE TRADING (PG0289433P) No. 6 Kompleks MBPP Lebuh Pantai, 10300, Pulau Pinang Aliza: 012411512/Abd Hamid: 0107951959

 

ZAFRON/SAFRON
SOALAN-SOALAN LAZIM

S: Apakah itu Za'faran ?

J  : Za'faran adalah sejenis stigma bunga yang leuar dari bunga Za'faran

S: Apakah kegunaan dan khasiat Za'faran ?

J  : Za'faran berfungsi untuk mencuci dan menguatkan darah, menguatkan ingatan serta menghalang lupa, latah serta nyanyuk. Ia dapat membantu mengubati penyakit berkaitan darah seperti leukemia, thalasemia, SLE dan banyak lagi. Selain mengubati penyakit dalaman,warna kuning yang dihasilkan dengan merendam filamen za'faran juga dijadikan topeng muka untuk membuang jerawat dan ruam di muka kerabat diraja dan golongan bangsawan zaman dahulu. Za'faran juga digunakan sebagai bedak asas yang digunakan oleh wanita zaman dahulu untuk melembut dan mencerahkan kulit.

S: Bagaimana cara untuk menggunakannya ?

J  : Za'faran digunakan dalam berbagai cara : Cara yang lazim digunakan ialah merendam dalam air mineral ( Cth : 1.5liter air sebanyak 10 urat/helai) . Za'faran juga boleh dimasukkan dalam nasi yang mendidih, dalam kopi atau teh yang dicampur buah pelaga untuk sebagai hidangan. Ia juga digunakan dalam pembuatan roti (bakery) , bahan pewarna asli dan aroma untuk minyak wangi

S: Berapa lamakah khasiatnya dapat dikesan ?

J  : Kesan daripada pengambilan za'faran berbeza-beza mengikut individu. Kebiasaaanya kesan dapat dilihat setelah 7 ke 14 hari ke atas jika digunakan berturut - turut berdasarkan testimoni yang lalu.

S: Kenapa harga Za'faran sangat mahal ?

J  :  Za'faran diakui sebagai rempah paling mahal di dunia. Setiap satu kuntum bunga hanya terdapat 3 helai stigma shaja. Untuk mendapatkan satu kilogram stigma za'faran, jumlah bunga yang terpaksa dikumpulkan adalah lebih kurang 150 000 kuntum.