Cuka Anggur (500ml)

"Jadikan Makanan dan Minuman sebagai Penawar dan Ubat"

 

AVG 910 CUKA ANGGUR RM22.00

KHASIAT CUKA ANGGUR

 

1.     Boleh melangsing badan & meremajakan sel-sel kulit, caranya sama seperti menggunakan

        cuka epal & kurma - masukkan 2 sudu besar cuka angggur bersama 1 sudu besar madu

        ke dalam segelas air kosong, kacau sebati & minum (3 kali sehari =sebelum sarapan,

        makan tengahari & makan malam).

              

2.     Cuka anggur membantu penyerapan kalsium, mengawal paras gula darah, melancarkan

        penghadaman & menentang bakteria berbahaya (sangat digalakkan untuk pengidap

        kencing manis - type 2).


3.     Gosokkan cuka anggur (un-deluted) ke bahagian kulit yg berselulit untuk menguraikan kolesterol

        yg tersumbat.. kulit beransur lembut, licin & cerah! .. tapi ambil masa juga ye.. bukan hari ni

        buat, esok terus hilang selulit tu..

       

4.     Ratakan campuran cuka anggur & air mineral ke seluruh wajah anda menggunakan pad kapas

        (seperti memakai ‘toner’) untuk menghilangkan kesan ‘sunburn’, mengecilkan pori-pori yg terbuka,

        mengeringkan jerawat & mengawal kulit berminyak. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas

        bersih. Lakukan setiap malam sehingga nampak kesan.. pejam mata ketika melakukannya untuk

        elak pedih mata.


5.     1 sudu besar cuka anggur dikacau bersama segelas air & diminum sebelum tidur boleh meredakan

        masalah keletihan & sakit2 adan serta memudahkan tidur.


6.     Cuka anggur boleh merawat radang kulit & keadaan kulit yg merekah & pecah-pecah. Caranya,

        sapu cuka anggur ke bahagian kulit yg bermasalah itu. Untuk bahagian tumit kaki yg pecah-pecah,

        rendamkan kaki anda ke dalam sebesen air bercampur cuka anggur (sediakan 1 besen air suam,

        masukkan 1 cawan cuka anggur ke dalamnya & rendam kaki anda selama 20 minit, kemudian

        cuci bersih >> lama-kelamaan kesan rekahan & pecah-pecah beransur hilang..).


7.     Berkumur dgn sedikit cuka anggur dapat menghilangkan sakit tekak! Masukkan 1 sudu besar cuka

        anggur ke dalam 1/2 gelas air, kacau & kumur (..juga dapat mencegah jangkitan bakteria).


8.     Jika anda sakit kepala, masukkan 2 sudu besar cuka anggur ke dalam 1 mangkuk air panas &

        wapkan muka anda sambil pejamkan mata.. insyaAllah dapat meredakan sakit kepala, hidung

        tersumbat & asthma serta boleh merawat masalah bintik-bintik hitam pada kulit wajah


9.     Cara membuang kutil / ketuat. Celupkan bola kapas ke dalam 1 sudu besar cuka anggur,

        kemudian tekapkan pada kutil /  ketuat, kemudian lekatkan dgn medical tape, biar semalaman

        (bawa tidur), cuci bersih keesokan pagi. Ulang setiap malam sehingga kutil / ketuat tanggal.

        (bahagian bermasalah itu hendaklah dicuci bersih sebelum & selepas rawatan)